Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

serabut

berlari menuju kaki pelangi bukan mudah terlalu banyak onak dan duri yang perlu diharung melupakan itu tak pernah senang dibuat dan mengingati akan selalu membiar luka panas ada banyak mimpi yang selalu dialami sepanjang malam dan esok bangun, semua pergi menjadi satu memori kosong bersembunyi tak pernah menyeronokkan ia menyesakkan pernafasan dan mengongkong jiwa -terperangkap di dalam dan belum mahu keluar-

diamlah

hati merusuh, jiwa mengaduh. saban waktu sekeliling menyeksa jiwa dan raga. mulut penuh, tapi bisu. mata nampak tapi pejam. hati ada, tapi mati. semua dan seluruh rasa terbagi-bagi.

rambling

i can't be perfectly a good girl. i was never one, won't actually be. so why are you expecting me behaving as a saint? i care, yes i do. that's who i always will be. i spread love, yes i do. i always believe i was born to do so. but being a saint? not making mistakes? being 100% completely honest? telling you the truth of my current life? when it was you who tore me apart, who broke me into pieces, and still does, being perfect is not in any of our agreement. i may be nice, but i can also be mean.
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. kalau takut tanah runtuh, jangan cuba-cuba nak tarah bukit. tak perlu seirama, senada. sekadar nak ingatkan diri sendiri, aku senang kena dengan stranger, maka, jangan cuba beri ruang.

putus jahanam

kadang-kadang aku cuma mahu semuanya diputuskan. terus. ke akar umbi. sebab, ada waktu-waktunya, aku perlu sedang aku tahu aku tidak mampu untuk dapat. satu lagi rasa hilang. yang paling aku benci. semoga dijahanamkan orang-orang yang membikin hati orang lain gundah, dengan diporak-perandakan hatinya.

pinjam waktu

bila nanti sampai masa, maka akan jadi. kalau nanti tak tertakdir, maka ajarkan aku redha. contoh begitu banyak depan mata. sampai suatu masa, aku cuma mahu diberi waktu dengan dia. pinjamkan aku lebih banyak waktu bersama.

NI

terciptanya dia oleh tulisan takdir Dia, didatangkan semula selepas tahun-tahun yang memisahkan, dipupuk kasih dan ukhwah ketika kami jauh beribu batu, cuma dihubungi oleh jaringan yang sangat lemah, sembilan belas tahun sejak kali pertama. dan akan ada tahun-tahun di depan, sekalipun nanti terpisah lagi beribu-ribu batuan.

gadis merah

ketika seluruh malam menjadi kelam, dan tiba-tiba kamu datang bertanya khabar. seakan ada cahaya berbalam-balam dari hujung sana. cahaya yang suram seperti kedatangan kamu yang tak pasti. setiap detik yang berlalu aku sudah rasa seperti ada transformasi pada suara-suara kamu. pada lenggok dan bahasa yang kamu alunkan di hujung sana. ya, iya sudah berubah. dan aku melihat pada diri sendiri di setiap helaan nafas yang sengaja aku panjang-panjangkan untuk memeberi ruang dalam hati dan diri merenung dan muhasabah diri. jenuh sekali aku mendengar pintaan maaf yang aku tak pasti mahu salurkan untuk salah yang mana. dan akhirnya aku mengaku sendiri, yang salah kamu yang satunya itu, adalah atas hukuman yang aku jatuhkan dan sekarangpun belum beranjak. maaf, sampai masa nanti akan aku lepaskan beban itu semula. supaya kita sama bebas berterbangan menuju kaki langit yang kita mahukan. di hujung bual, yang kita matikan dengan gelak dan ketawa, aku selitkan satu rasa syukur. kerana kali ini tidak...

rindu

Di hujung panggilan telefon itu, adalah rindu. Yang terkadang melawat aku di waktu pejam. Yang kadang waktu angin sedang berhembus nyaman. Rindu itu, ada waktunya menjadi si jahat. Yang membisik pada telinga ku fitnah dan bohong. Yang mahu menggugat percaya. Masa dan jarak mengasingkan kita dari ruang yang biasa kita tempuhi. Membawa kita ke daerah yang asing. Yang perlu dilalui sendiri. Yang kalau bisa kita bawa separuh dari kita, hanyalah jiwa dan tidak jasad. Memisahkan jiwa dan jasad cuma membuatkan kita menjadi separa penuh. Dan sekali lagi, rindu memenuhkan ruang-ruang kosong. Malam ini, akan kita lalui lagi dengan rindu. Dan bersama setiap rindu adalah harapan. Semoga esok kita ditemukan. Semoga esok kita didekatkan. Dan selagi kita berkongsi rindu dan harapan yang sama, kaki kita akan melangkah menuju arah yang sama. Walau jalannya beda. Hati kita akan bersuara dengan suara yang sama. Degup jantung seirama. Dan kita akan berpimpin di titik pertemuan.

suatu hari

Kebencian yang menerobos masuk ke dalam jiwa beberapa hari ini, cuma membawa pulang kenangan yang sudah disimpan untuk sekian waktu. Bercakap tentang masa silam, sebenarnya membuat hati menjadi lebih gundah dari waktu itu. Kadang-kadang ada satu dua hari kenangan silam itu hanya memancar watak aku yang picisan dalam cerita lampaunya. Tapi setiap satunya memberi impak yang maha. Sampai terbawa ke dalam mimpi yang membuat pagi esoknya menjadi gundah. Ketika setiap malam melabuhkan tirai, aku akan dihasut lena ke mimpi ngeri dan buruk. Yang membuat aku terjaga di hening malam sebelum subuh menjelma. Lantas, setiapnya akan datang menjengah dan mengucap selamat mati padaku. Dan hari siang akan bertukar menjadi medan peperangan emosi dan logika akal. Setiap senyum akan dipalsukan, dan setiap rasa tidak senang akan dikubukan, disimpan kejap di balik lipatan topeng di muka. Topeng-topeng palsu ini adakalanya sopek, terkoyak di mana-mana dan emosi berlumba-lumba keluar. Hatta melodi kosong mamp...

awang-awangan.

semasa mimpi-mimpi beratur di hujung pentas, sebelum apa-apa imej muncul di dalam cerita mimpi, dalam kehilangan yang sebentar itu, adalah pemikiran yang pantas. tentang masa silam yang sering datang bagai hantu-hantu, tentang masa depan yang akan datang seperti cengkaman-cengkaman membunuh yang ngeri, tentang sekarang, yang seperti terampai-ampai. dan sekarang adalah awang-awangan.

nota untuk esok

hujan petang mencurah-curah. sepertinya tak ada tanda-tanda mahu berhenti. dan di setiap percikan ke jendela, membawa setiap keping kenangan. siang dan malam tak ada yang sama lagi. setiap kepingan menjeritkan rindu yang sarat. dan di setiapnya terbisikkan kata-kata penguat. yang esok ada. yang esok perlu dijalani. dan selagi tertakdirkan, esok ada untuk kita-kita yang mahu meneruskan kehidupan.

ke hadapan bintang jatuh,

esok tolong pulangkan arjuna dan para kesatria ke kayangan dengan selamat. esok tolong bawa semua rindu ini ke hujungnya. esok tolong jadikan masa berjalan pantas. tiga hari terlalu lama dari biasa. tiga hari terlalu perlahan masa berjalan. tiga hari seakan mimpi yang tak sudah dan tak jumpa sedarnya. merahkan kembali hati-hati kami. merahkan kembali rona-rona di dalam hati. merahkan kembali senja di hujung langit. bintang jatuh, semoga Tuhan satukan kita. semoga Tuhan restukan kita. semoga Tuhan menjadi yang paling mengertikan kita. pulang cepat. sakit rindu.

buah oren, laila dan rian

hari ni Rian baru tahu Laila suka buah oren. Rian baru nampak betapa gemilang wajah Laila melihat segelas jus oren di depannya. dan seperti pelangi di hujung awan, begitulah wajah Laila di mata Rian. "kau suka benar jus oren, kan Laila?" --Laila cuma sengih lebar-lebar. Rian simpan dalam kepala. 'Laila gemar jus oren' Rian balik dan tulis dalam jurnal peribadinya. Laila, si pelangi hatiku gemar jus oren' apa yang kita pernah ingat hari ini, seminggu dua lagi kita akan lupa. kalau tak kita ulang tayang. ulang baca. ulang laku. pelupa itu sifat manusia, Rian.

tidak mudah

ada satu malam, aku pandang semua kotak-kotak di sudut tepi kamar tidur, dan aku berhajat membuang, membakar, menanam semuanya. biar lupus. tapi hati sayang. itu sejarah. sejarah hidup seorang aku, yang nilainya tinggi. kalau buang habis semua. lama. lama aku simpan semua dan biar di sudut paling tersorok. lama tak berusik. sampai suatu hari. kotak terusik. bukan kotak kepunyaan aku. kotak orang. dan yang merasa susahnya menyimpan segala isi dalam kotak tersorok tadi, adalah aku. dan yang merasa mahu hidup dengan semua kotak-kotak yang semakin dilupakan tadi, adalah aku. kalau diizinkan, aku mahu saja buang, bakar, tanam, lupuskan. tapi di tanah aku habiskan cerita kotak-kotak itu, adalah hidup aku yang sedang, sudah dan akan dilalui. itu, tidak mudah.

samar dan jelas

bisa percaya aku nyaris meresap ke awangan semalam? bibirku terkumat-kamit menyebut apa sahaja yang terlintas. gaya orang hilang pedoman. benar, setiap detik yang boleh, yang bisa, aku mahu sentiasa bersama kamu. setiapnya. aku mahu mulakan siang dengan kamu dan habiskan malam juga dengan kamu. seketika semalam, sewaktu getaran hebat berperang dalam setiap langkah anak tangga yang aku panjat, antara duanya. antara benar dan samar-samar. iya aku salah. sedang dari awal sudah diingatkan. semua yang akan aku lakukan, punya kesan sendiri. kalau semuanya aku benar boleh pegang. boleh atur. boleh tidak aku kirimkan kamu ke sana. gantikan aku. tidak, bawa bersama jiwa aku. begitu. aku mahu nanti depannya tak perlu banyak yang samar-samar antara kita. jujur itu payah untuk aku. tapi selama hampir 365 hari ini, aku jujur saja. sehabis mampu. dan aku mahu jujur sama dengan orang lain. putih semua itu tak mungkin. hitam semua juga tidak. kita banyakkan yang jernih, sayang. kita cuba. aku sedang. ...

realiti

setiap hari kita mengejar mimpi-mimpi yang tak pernah pasti kejadiannya dalam kehidupan. tapi kita tak pernah berhenti dari bermimpi kisah-kisah yang baru. yang setiap waktu akan berevolusi menjadi kisah-kisah yang lebih fantastik. untuk sesetengah kita, tak ada salahnya fantasi dan mimpi-mimpi segini. dan ada sesetengahnya tak bisa menerima lantaran logik taakulan mantik dan matematik yang menolak fantasi dan menyerap logika. hidup, adalah atas dasar kedua-duanya. mimpi dan realiti. fantasi dan logik. untuk yang bisa bermimpi tapi hanya sekadar mimpi, hidupnya tetap ada. cuma maknanya hanya sampai mimpi kalau tidak dikerjakan. untuk yang punya mimpi dan mengerjakan sampai bisa jadi, walaupun cuma sepuluh peratus hasilnya, itu sudah cukup penuh. untuk yang mampu bermimpi dan mendapatkan mimpinya jadi kenyataan, itu rezeki. rezeki dan dugaan. untuk seorang aku, yang selalu bermimpi dan mengharap kehidupan dikelilingi kasih sayang, setiap apa yang aku dapatkan hari ini, yang aku ada hari...