Skip to main content

realiti

setiap hari kita mengejar mimpi-mimpi yang tak pernah pasti kejadiannya dalam kehidupan.
tapi kita tak pernah berhenti dari bermimpi kisah-kisah yang baru.
yang setiap waktu akan berevolusi menjadi kisah-kisah yang lebih fantastik.
untuk sesetengah kita, tak ada salahnya fantasi dan mimpi-mimpi segini.
dan ada sesetengahnya tak bisa menerima lantaran logik taakulan mantik dan matematik yang menolak fantasi dan menyerap logika.

hidup, adalah atas dasar kedua-duanya. mimpi dan realiti. fantasi dan logik.
untuk yang bisa bermimpi tapi hanya sekadar mimpi, hidupnya tetap ada. cuma maknanya hanya sampai mimpi kalau tidak dikerjakan.
untuk yang punya mimpi dan mengerjakan sampai bisa jadi, walaupun cuma sepuluh peratus hasilnya, itu sudah cukup penuh.
untuk yang mampu bermimpi dan mendapatkan mimpinya jadi kenyataan, itu rezeki. rezeki dan dugaan.

untuk seorang aku, yang selalu bermimpi dan mengharap kehidupan dikelilingi kasih sayang,
setiap apa yang aku dapatkan hari ini, yang aku ada hari ini.
itu semua adalah segala-galanya.
untuk setiap pagi yang disambut dengan senyum-senyum mentari,
atau kabus-kabus diiring hujan renyai,
mahupun gigil di dalam selimut dek hujan maha lebat,
semuanya adalah tanda hidup yang penuh.

antara mimpi dan angan, telah tercantum dalam realiti.

Comments

Popular posts from this blog

kita selalu berkejar dengan masa berlari mengharap kita akan lebih setapak dua di hadapan masa berusaha mengubah sebanyak mungkin takdir yang tertulis sampai acapkali lelah menjatuh dan menjauh dari destinasi tuju kita salahkan semuanya tanpa tersadar jari yang kita sendiri tujukan pada diri kita semakin lupa akan tangan Kuasa yang atas yang memasak segala “kun fayakun” dan yang mengizin setiap kudrat berusaha jangan putus, jangan mematah dahulu kalau hari ini kita mulakan dengan bertatih, juga boleh -rynn.r 02/03/2025

cerita hati

yang bila kadang-kadang dari orang lain datangnya berita, tak pernah menarik. tak pernah ada rasa teruja. selalunya lebih menjadi rasa terpinggir. tapi logik selalu juga nak menang. waras mesti juga teratas. dan bila hati dan rasa nak menyentap tu pun masuk campur, maka sudahlah. semua tak boleh duduk tangga pemenang. dia mudah-mudah nak merajuk. itulah cerita hati.

kirim doa

kadang-kadang orang yang paling dekat dengan kita, atau sekuran-kurangnya yang kita rasa dekat dengan kita adalah orang yang paling mudah mencederakan hati kita. dari semalam, sampai ke hari ini. satu demi satu berita mengejutkan. semacam cuba-cuba membakar hati yang berbara. takkk, bukan aku menolak berita manis yang manis buat semua. jauh sekali nak mengharap derita orang. tapi bila orang yang pernah sama susah dengan senang simpan semua, ada jugak percik-percik hati meracik. ada rumah nak dibina. isi rumahnya adalah orang yang selalu diantara kami sejak beberapa tahun ini. jadi rasanya, aneh. syukur, jodohnya ditaut rapat. jodoh kami? belum kedengaran. entah. ini berita-berita manis. serius. tapi aku entah bagaimana mahu meraikan. atau setidaknya, mungkin boleh berkirim doa?