Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009
belum sempurna sembuh. sisa2 ada lagi. tambah-tambah sebenarnya hati dibagi semua dulu. tak ada simpan-simpan. jadi, keterlaluan akan cuma bikin menangis.

tiada

kalaulah bisa menghapus dan menghambat menegak dan memegah alangkah hidup penuh kalaulah bisa menguat menentang angin lintang alangkah hidup kembali tapi tidak kerana ketar lutut masih terasa hati masih bergetar menyeru yang sama yang sudah tidak ada noktah, titik.

ironi tengah malam

badan keletihan yang tak ada sebab. kepala kepenatang berfikir yang menerawang. hati sedang hancur berkecai, masa dapat keputusan spm, matrik pun tak rasa mcm ni. *sigh* kalau jadi manusia tak ada akal, rasa macam nak tunding jari ke Tuhan, kerana dikurniakan takdir macam ini. takdir yang kalau bercinta pasti putusan. tapi, masyaAllah. sesungguhnya, Dia lebih mengetahui setiap rahsia. dan setiap sesuatu yang diberi, ada tujuan dan hikmah. yang paling sukar sekarang adalah untuk mengajar hati supaya kuat. mengajar diri supaya tidak lemah longlai. supaya esok masih mampu berbiasa. dan paling penting mampu meredhakan semua setiap sesuatu ini. *senyum pahit* mukus meleleh setiap kali air mata berlinang. sememeh. ironi. di waktu-waktu mata mula kuyu, dan berhasrat untuk lena. aku temukan ini. ironi. hidup aku memang macam drama pementasan. bedanya, tak ada ending macam dalam fairy tale. happily ever after. cuma ada di sisi Tuhan.
sebenarnya aku tak faham dengan kehendak dan kemahuan yang berbeda-beda satu sama lain. biasalah, kalau kemahuan yang tidak selari, kita akan cenderung untuk tidak menjadi satu. untuk memilih jalan yang asing-asing. aku benci pada alasan yang kabur. pada sesuatu yang aku tak nampak dengan jelas. panggillah aku si dungu sekalipun. mungkin benar aku yang dungu kerana tidak membaca dan memahami isi hati orang lain. kebelakangan, aku selalu dalam dunia aku sendiri. sekali sekala duduk beramai, aku hilang. aku tak tahu di mana hujung pangkal bual-bual sang teman. bagai sedang berada di dimensi lain. dan aku benci perubahan yang aku tak ketahui sebab dengan jelas. sedang sesuatu itu sudah hampir habis bincangnya, seakan-akan sudah ketemu jawapan setiap persoalan. sedangkan tidak. dan ditinggalkan termanggu-manggu, aku benci. sekitar seminggu lepas, tanpa alasan kukuh, teman sekuliah, serumah, tiba-tiba angin. dan tak ada sebarang kata-kata dilempar ke muka aku, cukup dengan kota hati skype y...

satu malam

ada terlalu banyak benda dalam hidup yang perlu disyukuri. syukur untuk tidak menjadi yang begitu, bersyukur menjadi sebegini. apa yang bakal jadi esok lusa, saya tak tahu. dan iya, saya takut dengan dunia. tapi inilah kenapa hidup harus terus. dan bukan berundur ke belakang. tidak ada hari-hari yang sama yang akan dilalui sekali lagi. susah sebenarnya. ada banyak rasa yang sudah lama mati di dalam diri. yang saya mahu ia hidup semula. sebab ada sesuatu dari kehidupan lepas yang sangat saya rindukan. ada sesuatu dari diri yang biasa dulu, yang sangat saya rindukan. komplikasi menjadi manusia sangat mudah untuk diramalkan. ia berlaku setiap hari, waktu dan ketika. dan di mana-mana. komplikasi yang paling saya bencikan, apabila berlaku di antara saya dengan beberapa orang terdekat. sudah menjangkau usia 21 tahun, dan saya sedar bahawa, banyak harus disyukuri. kerana setidaknya, saya masih mampu bersederhana. dalam kehidupan sama kawan2, sama cinta, sama keluarga. kalau saya fikir saya pa...

sedikit, sesuatu

pasangkan sayap yang biar aku berterbangan melebar ke seluruh angkasa langit menebar sayap memayung panas dan terik melindung dari matahari aku pinta izin memangku engkau di ribaan mengirim satu rasa senang ke lubuk hati membiar engkau merasakan aman ribut yang melanda tadinya aku harapkan redanya tiba sudah membawa tenang ke dalam engkau supaya dimudahkan pekerjaan mu

kunci

kadang-kadang bila dah sangat bosan, we will simply give up. on something we used to like, to love. we end it up like it has nothing meaningful before. tapi kehidupan memang kadang-kadang kejam. sebab kehidupan yang serba sempurna tak ada untuk seorang individu. tanpa pergantungan dari individu lain. kebencian bukan kunci segala persoalan, dan kasih sayang bukan tali yang mampu mengikat perasaan. kadang-kadang semua nampak sangat mengelirukan. selalulah beringat bahawa hidup bukan untuk esok sebenarnya. hidup adalah untuk hari ini, yang sisa waktunya masih dan tak akan pernah diketahui. itu adalah satu rahsia paling dalam. yang tak akan diketahui. oleh kita-kita yang biasa-biasa.

sesuatu lagi

seperti bermimpi dalam angan yang bukan lagi kosong menghurung ruang kosong di kepala mencari keindahan cerah dalam gelap malam yang hanya kelihatan adalah butir-butir bintang berteraburan di langit malam itu aku lemparkan mimpi paling indah semoga esok, ada. p/s: tak faham juga apa ini.

poetry #1

bibir kering kepala pusing muka pucat hati resah apa yang bikin aku rela pura-pura tenang. apa yang ada pada langit malam yang kelam aku merata di dalam gelap mencari sinar yang kononnya bahagia masih sakit duduk memeluk kepala lutut kaki rapatkan ke dada mencari aman dalam ruang paling kecil mendakap aku dalam diam kamu datang kirimkan aku tenang

mental

bila yang menari-nari di atas papan kekunci itu adalah kata hati yang disalurkan ke jemari menghasilkan patah-patah kata-kata mampukah apa yang terlahir oleh perasaan terzahir oleh kata-kata yang mengkategorikan? klasifikasi itu benarkah?? sesuaikah? mentaliti sedang tidak di paksi yang lurus. sedang mengalami transformasi keadaan. khayal dan tidak realistik.
bermimpi diturunkan dari kayangan berbicara dengan malaikat bahasa langit yang menyatakan betapa aku ini tidak mahu diselubungi gundah yang aku ini diturunkan ke bumi untuk merasakan indah hidup makhluk di bumi menyedarkan aku betapa kayangan itu khayalan dalam kepala yang bisa memfiksi sesuatu berserta fakta tanpa perlu realiti. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. =) tak ada sambungan tali di situ.

kuat, untuk bangun

bukan mudah untuk bangkit dari jatuh. tapi sebenarnya tak salah kalau mahu duduk2 mendiam. sebab jatuh itu sakit. pedih. mungkin ada luka dalam. mungkin calar itu sudah dimasuki kuman dalam diam. siapa tahu. sedangkan yang merasakan sakit tidak mengertikan sakit yang sebenar. jadi, aku yang masih sakit. masih mahu duduk berdiam. belum mahu terus bangun dan berjalan. apatah lagi berlari. sebab masih sakit. dan saya tahu, awak yang jatuh sama saya sakit juga. jadi jangan gopoh. satu-satu. kalau awak kuat, jalan dulu. saya belum.

papi tuaku.

meragut kenangan dari aku? tolonglah jangan. sudah satu persatu kesayangan aku ditarik. tolong jangan kenangan itu. dan kereta tua itu. kalau abah tak mahu. aku mahu. kereta tua itu kenangan aku. mcm papi tua aku. kenangan abah dengan aku. kenangan aku dengan adik2. kenangan berjalan dengan papi tua. cu 36. si papi tua.