Skip to main content
sebenarnya aku tak faham dengan kehendak dan kemahuan yang berbeda-beda satu sama lain.
biasalah, kalau kemahuan yang tidak selari, kita akan cenderung untuk tidak menjadi satu.
untuk memilih jalan yang asing-asing.
aku benci pada alasan yang kabur.
pada sesuatu yang aku tak nampak dengan jelas.
panggillah aku si dungu sekalipun.
mungkin benar aku yang dungu kerana tidak membaca dan memahami isi hati orang lain.
kebelakangan, aku selalu dalam dunia aku sendiri.
sekali sekala duduk beramai, aku hilang.
aku tak tahu di mana hujung pangkal bual-bual sang teman.
bagai sedang berada di dimensi lain.
dan aku benci perubahan yang aku tak ketahui sebab dengan jelas.
sedang sesuatu itu sudah hampir habis bincangnya,
seakan-akan sudah ketemu jawapan setiap persoalan.
sedangkan tidak.
dan ditinggalkan termanggu-manggu, aku benci.

sekitar seminggu lepas, tanpa alasan kukuh, teman sekuliah, serumah, tiba-tiba angin.
dan tak ada sebarang kata-kata dilempar ke muka aku,
cukup dengan kota hati skype yang berkata-kata,
dan aku terus percaya gerak hati bahawa ada yang tidak kena.
dan aku dibiar termanggu-manggu buat beberapa hari,
untuk mengetahu alasan marahnya teman,
kerana salah faham yang memang sangat enteng.
apa boleh buat.
aku sekadar senyum.
namun, terkesan dalam hati.
aku sudah jadi serba tidak kena.
refleksi aku untuk menjauh.
dan tidak mahu sembarangan dekat-dekat lagi.

hati sudah tak ada dikelas.
sudah tak ada di pentas.
sudah tak tahu ke mana.
aku, malas mencari.
biarlah. sampai nanti aku benar-benar tak mahu toleh.

Comments

Popular posts from this blog

kita selalu berkejar dengan masa berlari mengharap kita akan lebih setapak dua di hadapan masa berusaha mengubah sebanyak mungkin takdir yang tertulis sampai acapkali lelah menjatuh dan menjauh dari destinasi tuju kita salahkan semuanya tanpa tersadar jari yang kita sendiri tujukan pada diri kita semakin lupa akan tangan Kuasa yang atas yang memasak segala “kun fayakun” dan yang mengizin setiap kudrat berusaha jangan putus, jangan mematah dahulu kalau hari ini kita mulakan dengan bertatih, juga boleh -rynn.r 02/03/2025

cerita hati

yang bila kadang-kadang dari orang lain datangnya berita, tak pernah menarik. tak pernah ada rasa teruja. selalunya lebih menjadi rasa terpinggir. tapi logik selalu juga nak menang. waras mesti juga teratas. dan bila hati dan rasa nak menyentap tu pun masuk campur, maka sudahlah. semua tak boleh duduk tangga pemenang. dia mudah-mudah nak merajuk. itulah cerita hati.

kirim doa

kadang-kadang orang yang paling dekat dengan kita, atau sekuran-kurangnya yang kita rasa dekat dengan kita adalah orang yang paling mudah mencederakan hati kita. dari semalam, sampai ke hari ini. satu demi satu berita mengejutkan. semacam cuba-cuba membakar hati yang berbara. takkk, bukan aku menolak berita manis yang manis buat semua. jauh sekali nak mengharap derita orang. tapi bila orang yang pernah sama susah dengan senang simpan semua, ada jugak percik-percik hati meracik. ada rumah nak dibina. isi rumahnya adalah orang yang selalu diantara kami sejak beberapa tahun ini. jadi rasanya, aneh. syukur, jodohnya ditaut rapat. jodoh kami? belum kedengaran. entah. ini berita-berita manis. serius. tapi aku entah bagaimana mahu meraikan. atau setidaknya, mungkin boleh berkirim doa?