Skip to main content

satu malam

ada terlalu banyak benda dalam hidup yang perlu disyukuri.
syukur untuk tidak menjadi yang begitu,
bersyukur menjadi sebegini.
apa yang bakal jadi esok lusa, saya tak tahu.
dan iya, saya takut dengan dunia.
tapi inilah kenapa hidup harus terus.
dan bukan berundur ke belakang.
tidak ada hari-hari yang sama yang akan dilalui sekali lagi.
susah sebenarnya.
ada banyak rasa yang sudah lama mati di dalam diri.
yang saya mahu ia hidup semula.
sebab ada sesuatu dari kehidupan lepas yang sangat saya rindukan.
ada sesuatu dari diri yang biasa dulu, yang sangat saya rindukan.

komplikasi menjadi manusia sangat mudah untuk diramalkan.
ia berlaku setiap hari, waktu dan ketika.
dan di mana-mana.
komplikasi yang paling saya bencikan,
apabila berlaku di antara saya dengan beberapa orang terdekat.

sudah menjangkau usia 21 tahun,
dan saya sedar bahawa,
banyak harus disyukuri.
kerana setidaknya,
saya masih mampu bersederhana.
dalam kehidupan sama kawan2,
sama cinta,
sama keluarga.
kalau saya fikir saya paling teruk pun,
saya tahu, saya masih mahu berubah.
menjadi lebih baik.

dan walaupun membandingkan diri dengan orang lain,
masih, ada banyak lebihnya aspek moraliti berbanding orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

kita selalu berkejar dengan masa berlari mengharap kita akan lebih setapak dua di hadapan masa berusaha mengubah sebanyak mungkin takdir yang tertulis sampai acapkali lelah menjatuh dan menjauh dari destinasi tuju kita salahkan semuanya tanpa tersadar jari yang kita sendiri tujukan pada diri kita semakin lupa akan tangan Kuasa yang atas yang memasak segala “kun fayakun” dan yang mengizin setiap kudrat berusaha jangan putus, jangan mematah dahulu kalau hari ini kita mulakan dengan bertatih, juga boleh -rynn.r 02/03/2025

cerita hati

yang bila kadang-kadang dari orang lain datangnya berita, tak pernah menarik. tak pernah ada rasa teruja. selalunya lebih menjadi rasa terpinggir. tapi logik selalu juga nak menang. waras mesti juga teratas. dan bila hati dan rasa nak menyentap tu pun masuk campur, maka sudahlah. semua tak boleh duduk tangga pemenang. dia mudah-mudah nak merajuk. itulah cerita hati.

kirim doa

kadang-kadang orang yang paling dekat dengan kita, atau sekuran-kurangnya yang kita rasa dekat dengan kita adalah orang yang paling mudah mencederakan hati kita. dari semalam, sampai ke hari ini. satu demi satu berita mengejutkan. semacam cuba-cuba membakar hati yang berbara. takkk, bukan aku menolak berita manis yang manis buat semua. jauh sekali nak mengharap derita orang. tapi bila orang yang pernah sama susah dengan senang simpan semua, ada jugak percik-percik hati meracik. ada rumah nak dibina. isi rumahnya adalah orang yang selalu diantara kami sejak beberapa tahun ini. jadi rasanya, aneh. syukur, jodohnya ditaut rapat. jodoh kami? belum kedengaran. entah. ini berita-berita manis. serius. tapi aku entah bagaimana mahu meraikan. atau setidaknya, mungkin boleh berkirim doa?