ketika seluruh malam menjadi kelam, dan tiba-tiba kamu datang bertanya khabar. seakan ada cahaya berbalam-balam dari hujung sana. cahaya yang suram seperti kedatangan kamu yang tak pasti. setiap detik yang berlalu aku sudah rasa seperti ada transformasi pada suara-suara kamu. pada lenggok dan bahasa yang kamu alunkan di hujung sana. ya, iya sudah berubah. dan aku melihat pada diri sendiri di setiap helaan nafas yang sengaja aku panjang-panjangkan untuk memeberi ruang dalam hati dan diri merenung dan muhasabah diri. jenuh sekali aku mendengar pintaan maaf yang aku tak pasti mahu salurkan untuk salah yang mana. dan akhirnya aku mengaku sendiri, yang salah kamu yang satunya itu, adalah atas hukuman yang aku jatuhkan dan sekarangpun belum beranjak. maaf, sampai masa nanti akan aku lepaskan beban itu semula. supaya kita sama bebas berterbangan menuju kaki langit yang kita mahukan.
di hujung bual, yang kita matikan dengan gelak dan ketawa, aku selitkan satu rasa syukur. kerana kali ini tidak habis dengan makian dan amarah. yang sudah sekian sebati dengan setiap bual kita selepas peristiwa hitam itu. kalau kamu sekarang sudah bahagia dengan keputusan yang kamu ambil, dek kerana kamu rasakan itu adalah kunci kepada pintu kebebasan aku, maka, dengarkan ini. sedari dulu, aku sudah biasa diatur, diberi had dan sempadan sampai aku sudah begitu enak dan alah dengan setiap boundary dan limitasi yang dikenakan. selepas dilepaskan dari ikatan itu, aku masih menjalani kehidupan yang sama. masih ada aturan dan batas yang perlu diikuti dan aku tetap senang. bedanya mungkin kali ini setiap boundary yang dikenakan harus bertepatan dengan kematangan dan logika berbanding cemburu buta. kalau kamu rasa ini bahagia, maka renung kembali, ada beza tidak aku ini dengan yang dulu. gelak, bual dan helaan nafas sama saja. maka dari dahulu lagi aku sememangnya bahagia saja dengan apa yang ada.
cumanya seperti kamu, aku juga mendoakan apa saja yang terbaik. di sebalik makian atau amarah yang aku lemparkan dari mulut, hati seperti biasa akan mendoakan yang sebaik yang termampu dek hati yang tak seputih kapas ini. aku masih orang yang sama.
dan orang yang sama ini tetap saja menerima dengan terbuka kurniaan Ilahi. yang diberi pinjam tanpa tahu tempoh pinjaman dan sentiasa mengingatkan diri, bahawa ada antara pinjaman yang menjadi kebahagiaan aku ini akan diambil semula tanpa notis. kerana itu aku disuruh bersedia.
katakan aku manusia pesimis, optimis atau apa sahaja yang terkandung pada label. ya, aku gadis merah yang berbahagia dengan sayap yang ada walau aku tak mampu terbang menuju galaksi.

Comments