Skip to main content

rindu

Di hujung panggilan telefon itu, adalah rindu. Yang terkadang melawat aku di waktu pejam. Yang kadang waktu angin sedang berhembus nyaman. Rindu itu, ada waktunya menjadi si jahat. Yang membisik pada telinga ku fitnah dan bohong. Yang mahu menggugat percaya.

Masa dan jarak mengasingkan kita dari ruang yang biasa kita tempuhi. Membawa kita ke daerah yang asing. Yang perlu dilalui sendiri. Yang kalau bisa kita bawa separuh dari kita, hanyalah jiwa dan tidak jasad. Memisahkan jiwa dan jasad cuma membuatkan kita menjadi separa penuh. Dan sekali lagi, rindu memenuhkan ruang-ruang kosong.

Malam ini, akan kita lalui lagi dengan rindu. Dan bersama setiap rindu adalah harapan. Semoga esok kita ditemukan. Semoga esok kita didekatkan. Dan selagi kita berkongsi rindu dan harapan yang sama, kaki kita akan melangkah menuju arah yang sama. Walau jalannya beda. Hati kita akan bersuara dengan suara yang sama. Degup jantung seirama. Dan kita akan berpimpin di titik pertemuan.

Comments

Popular posts from this blog

kita selalu berkejar dengan masa berlari mengharap kita akan lebih setapak dua di hadapan masa berusaha mengubah sebanyak mungkin takdir yang tertulis sampai acapkali lelah menjatuh dan menjauh dari destinasi tuju kita salahkan semuanya tanpa tersadar jari yang kita sendiri tujukan pada diri kita semakin lupa akan tangan Kuasa yang atas yang memasak segala “kun fayakun” dan yang mengizin setiap kudrat berusaha jangan putus, jangan mematah dahulu kalau hari ini kita mulakan dengan bertatih, juga boleh -rynn.r 02/03/2025

cerita hati

yang bila kadang-kadang dari orang lain datangnya berita, tak pernah menarik. tak pernah ada rasa teruja. selalunya lebih menjadi rasa terpinggir. tapi logik selalu juga nak menang. waras mesti juga teratas. dan bila hati dan rasa nak menyentap tu pun masuk campur, maka sudahlah. semua tak boleh duduk tangga pemenang. dia mudah-mudah nak merajuk. itulah cerita hati.

kirim doa

kadang-kadang orang yang paling dekat dengan kita, atau sekuran-kurangnya yang kita rasa dekat dengan kita adalah orang yang paling mudah mencederakan hati kita. dari semalam, sampai ke hari ini. satu demi satu berita mengejutkan. semacam cuba-cuba membakar hati yang berbara. takkk, bukan aku menolak berita manis yang manis buat semua. jauh sekali nak mengharap derita orang. tapi bila orang yang pernah sama susah dengan senang simpan semua, ada jugak percik-percik hati meracik. ada rumah nak dibina. isi rumahnya adalah orang yang selalu diantara kami sejak beberapa tahun ini. jadi rasanya, aneh. syukur, jodohnya ditaut rapat. jodoh kami? belum kedengaran. entah. ini berita-berita manis. serius. tapi aku entah bagaimana mahu meraikan. atau setidaknya, mungkin boleh berkirim doa?