Skip to main content

ke hadapan bintang jatuh,

esok tolong pulangkan arjuna dan para kesatria ke kayangan dengan selamat.
esok tolong bawa semua rindu ini ke hujungnya.
esok tolong jadikan masa berjalan pantas.

tiga hari terlalu lama dari biasa.
tiga hari terlalu perlahan masa berjalan.
tiga hari seakan mimpi yang tak sudah dan tak jumpa sedarnya.

merahkan kembali hati-hati kami.
merahkan kembali rona-rona di dalam hati.
merahkan kembali senja di hujung langit.

bintang jatuh,
semoga Tuhan satukan kita.
semoga Tuhan restukan kita.
semoga Tuhan menjadi yang paling mengertikan kita.

pulang cepat. sakit rindu.

Comments

Popular posts from this blog

kita selalu berkejar dengan masa berlari mengharap kita akan lebih setapak dua di hadapan masa berusaha mengubah sebanyak mungkin takdir yang tertulis sampai acapkali lelah menjatuh dan menjauh dari destinasi tuju kita salahkan semuanya tanpa tersadar jari yang kita sendiri tujukan pada diri kita semakin lupa akan tangan Kuasa yang atas yang memasak segala “kun fayakun” dan yang mengizin setiap kudrat berusaha jangan putus, jangan mematah dahulu kalau hari ini kita mulakan dengan bertatih, juga boleh -rynn.r 02/03/2025

cerita hati

yang bila kadang-kadang dari orang lain datangnya berita, tak pernah menarik. tak pernah ada rasa teruja. selalunya lebih menjadi rasa terpinggir. tapi logik selalu juga nak menang. waras mesti juga teratas. dan bila hati dan rasa nak menyentap tu pun masuk campur, maka sudahlah. semua tak boleh duduk tangga pemenang. dia mudah-mudah nak merajuk. itulah cerita hati.

kirim doa

kadang-kadang orang yang paling dekat dengan kita, atau sekuran-kurangnya yang kita rasa dekat dengan kita adalah orang yang paling mudah mencederakan hati kita. dari semalam, sampai ke hari ini. satu demi satu berita mengejutkan. semacam cuba-cuba membakar hati yang berbara. takkk, bukan aku menolak berita manis yang manis buat semua. jauh sekali nak mengharap derita orang. tapi bila orang yang pernah sama susah dengan senang simpan semua, ada jugak percik-percik hati meracik. ada rumah nak dibina. isi rumahnya adalah orang yang selalu diantara kami sejak beberapa tahun ini. jadi rasanya, aneh. syukur, jodohnya ditaut rapat. jodoh kami? belum kedengaran. entah. ini berita-berita manis. serius. tapi aku entah bagaimana mahu meraikan. atau setidaknya, mungkin boleh berkirim doa?