Skip to main content

Posts

apa mahumu?

hairan dan aneh, di setiap kali peluang diberi, yang kamu cuma buat adalah ambil kesempatan. satu kali. dua kali, tiga kali. berkali-kali. sampai bila? agaknya kamu fikir dia itu bahan lampias nafsu cerita sepi kamu? berat. berat sungguh cerita ini. ulang kali dia sudah beri peluang. ulang kali dia buang nombor kamu dari simpanan. tahu tidak menilai harga rasa orang? tahu tidak menilai sakit di hati orang? sepi yang sedang kamu rasa ini, kenapa datang pada dia? kenapa menapak meminta dia? sedang dulu kamu buang dia di tepi jalan. baru sekarang kah reti memuja? baru sekarang kah mahu merayu? aneh. sungguh aneh. bahasa baru kamu ini tidak pernah ada tertulis di dimensi mana pun. di dalam kitab apa pun. apa sebenarnya mahu kamu? di setiap sepi merangkak pada dia?

norma

kadang-kadang bila bangun pagi, walau tau rutin tu biasa, tetap kepala berat, badan berat, hati berat. satu badan tak larat nak bangun. tapi kita tetap bangun, kerana ada tanggungjawab yang menanti. ada juga hari kita mengalah. tak mahu bangun dan berbaring sampai habis satu hari kemudian satu apa pun tak selesai. tapi asal hati kita jumpa tenang, ye kenapa tidak. atau ada orang yang tetap bangun nak mernuskan kehidupan, dan menikmati setiap satu jerih payah dia, kemudian di penghabisan matahari sebelum bulan muncul, ahhh, lega. puas. norma manusia yang berbuat sesuatu lebih mengutamakan puasnya dia sebelum, ketika atau selepas melakukannya. 

aurora, kisah benar dia

petang itu aurora duduk menghadap segala sisa kerja pejabat yang masih ada dan berharap semuanya dapat siap segera sebelum jam lima setengah. habis satu demi satu helai dokumen disemak. fail demi fail. papan kekunci komputer seperti sedang mendendangkan satu irama. irama mengejar waktu. dah dua hari macam tak tentu. semua serba tak kena, pagi tak daya nak tempuh. macam disedut masa, macam tak punya ampuh. aurora kejar masa, bersaing dengan kudrat dan mahu sendiri, kerja harus siap. *kerling jam dinding pejabat* jarum pendek sudah di angka tujuh. *lajukan masa* Marty sudah di bawah pejabat aurora. menanti gadis itu pulang dari kerja kerana mereka sudah ada janji. perjalanan ke tempat yang dituju bermula dan sesi bertukar cerita ikut serta. dalam panjang berjela, "nanti you pun jadi macam tu." 'eh, tak nak lahh.' *diam* 'kalau i jadi macam tu?' "i tak layan" -aurora bawa hati rabak ke lena.

hidup

ketika seluruh hidup bukan untuk engkau, maka simpan sahaja semua pelan terhebat. seperti apa pun mahu kamu, takdir itu telah lama tertulis. berulang kali mahu jiwa dinyawakan, namun seperti sudah tidak ada peluan langsung. namakan apa saja yang dari mimpi. yang cuba kita dapatkan. it will slipped away, easily. maka, sila telan aku dengan malam gelap. sila jangan hulur tangan merangkul. aku mahu jadi kuat gagah sendiri. aku ada nyawa yang menanti nafas. aku ada hidup yang belum sampai hujung. selamat hari lahir ke-24, gadis. meski seluruh alam maya sedang memuja kamu, jiwa yang sekosong itu, Tuhan saja yang mampu penuhkan. sembah salam, gadis merah.

kawan -- suatu entri yang tak bermula dan berhujung.

kita cerita tentang kawan-kawan. kawan serius, ada ramai. kawan bergelak-ketawa, paling ramai, kawan menopang kepala, dagu dan seluruh jiwa di saat goyah, ada sebilangan. kawan jenis nombor 1, yang ada hampir setiap waktu walau jasad beribu batu. okay, bohong. beberapa puluk kilometer lah jauhnya kami. hampir saban hari berhubung di hujung jari, sekadar bual-bual biasa. aku mengadu tentang hidup yang bosan, dia bercerita tentang hidupnya yang hiatus. sekali sekala kami berbual tentang kawan-kawan yang lain. magiknya, sekalipun di hujung jari, banyak yang saling kami ketahui. dan syukur pada Tuhan, kerana mengirim Arjuna, yang membawa kenalnya aku pada teman baik yang seorang ini. macam mana kami boleh rapat, ngam, aku tak tahu. kawan yang seorang ini banyak memberi inspirasi dalam diam. aku kagum semangat juang dia, aku sayang dia seperti sudah kenal luar dalam. aku jatuh sayang pada orang kan sesuatu yang mudah. kawan jenis nombor 2, yang jauh, tapi di setiap jatuh aku meluru dat...

hidup

benci itu terlalu mudah hadir. disertakan amarah, dendam, hasad. bercampur baur seperti supernova bercas negatif. dan meledak di suatu saat. di suatu waktu tak terjangka. ada banyak waktu menjadi titis-titis air mata. dan kemudian satu rasa yang sangat sakit di dalam dada. ada banyak waktu, kebencian bertukar menjadi rasa yang beda dan banyak waktu cuma terperuk dan menjadi sesuatu yang bergumpal, berkumpul dan hilang. atau meletus. sampai air mata mahu kembali. kemudian akal logik mahu masuk ke dalam ruang. menjustifikasikan setiapnya. merasionalkan setiap yang berlaku. sampai mata kantuk. sampai ruang lena tiba. dan esok bangun, meneruskan hidup seperti biasa. nah, hidup terlalu pendek untuk terlalu lama bersedih. dan terlalu berharga untuk membiar kenangan dan segala sesuatu tentangnya berlama. nah, sila beritahu kenapa aku selalu takut. dan kemudian menjadi terlalu gagah untuk orang lain sedang aku sendiri menggapai mencari pasak yang sedikir demi sedikit goyah. ada masanya aku ...