Skip to main content

apa mahumu?

hairan dan aneh, di setiap kali peluang diberi, yang kamu cuma buat adalah ambil kesempatan.
satu kali. dua kali, tiga kali. berkali-kali. sampai bila? agaknya kamu fikir dia itu bahan lampias nafsu cerita sepi kamu? berat. berat sungguh cerita ini. ulang kali dia sudah beri peluang. ulang kali dia buang nombor kamu dari simpanan. tahu tidak menilai harga rasa orang? tahu tidak menilai sakit di hati orang? sepi yang sedang kamu rasa ini, kenapa datang pada dia? kenapa menapak meminta dia? sedang dulu kamu buang dia di tepi jalan. baru sekarang kah reti memuja? baru sekarang kah mahu merayu? aneh. sungguh aneh. bahasa baru kamu ini tidak pernah ada tertulis di dimensi mana pun. di dalam kitab apa pun. apa sebenarnya mahu kamu? di setiap sepi merangkak pada dia?

Comments

Popular posts from this blog

kita selalu berkejar dengan masa berlari mengharap kita akan lebih setapak dua di hadapan masa berusaha mengubah sebanyak mungkin takdir yang tertulis sampai acapkali lelah menjatuh dan menjauh dari destinasi tuju kita salahkan semuanya tanpa tersadar jari yang kita sendiri tujukan pada diri kita semakin lupa akan tangan Kuasa yang atas yang memasak segala “kun fayakun” dan yang mengizin setiap kudrat berusaha jangan putus, jangan mematah dahulu kalau hari ini kita mulakan dengan bertatih, juga boleh -rynn.r 02/03/2025

cerita hati

yang bila kadang-kadang dari orang lain datangnya berita, tak pernah menarik. tak pernah ada rasa teruja. selalunya lebih menjadi rasa terpinggir. tapi logik selalu juga nak menang. waras mesti juga teratas. dan bila hati dan rasa nak menyentap tu pun masuk campur, maka sudahlah. semua tak boleh duduk tangga pemenang. dia mudah-mudah nak merajuk. itulah cerita hati.

kirim doa

kadang-kadang orang yang paling dekat dengan kita, atau sekuran-kurangnya yang kita rasa dekat dengan kita adalah orang yang paling mudah mencederakan hati kita. dari semalam, sampai ke hari ini. satu demi satu berita mengejutkan. semacam cuba-cuba membakar hati yang berbara. takkk, bukan aku menolak berita manis yang manis buat semua. jauh sekali nak mengharap derita orang. tapi bila orang yang pernah sama susah dengan senang simpan semua, ada jugak percik-percik hati meracik. ada rumah nak dibina. isi rumahnya adalah orang yang selalu diantara kami sejak beberapa tahun ini. jadi rasanya, aneh. syukur, jodohnya ditaut rapat. jodoh kami? belum kedengaran. entah. ini berita-berita manis. serius. tapi aku entah bagaimana mahu meraikan. atau setidaknya, mungkin boleh berkirim doa?