kita cerita tentang kawan-kawan. kawan serius, ada ramai. kawan bergelak-ketawa, paling ramai, kawan menopang kepala, dagu dan seluruh jiwa di saat goyah, ada sebilangan.
kawan jenis nombor 1, yang ada hampir setiap waktu walau jasad beribu batu. okay, bohong. beberapa puluk kilometer lah jauhnya kami. hampir saban hari berhubung di hujung jari, sekadar bual-bual biasa. aku mengadu tentang hidup yang bosan, dia bercerita tentang hidupnya yang hiatus. sekali sekala kami berbual tentang kawan-kawan yang lain. magiknya, sekalipun di hujung jari, banyak yang saling kami ketahui. dan syukur pada Tuhan, kerana mengirim Arjuna, yang membawa kenalnya aku pada teman baik yang seorang ini. macam mana kami boleh rapat, ngam, aku tak tahu. kawan yang seorang ini banyak memberi inspirasi dalam diam. aku kagum semangat juang dia, aku sayang dia seperti sudah kenal luar dalam. aku jatuh sayang pada orang kan sesuatu yang mudah.
kawan jenis nombor 2, yang jauh, tapi di setiap jatuh aku meluru datang sebaik tahu. mereka umpama besi-besi pasak yang menyokong tegaknya aku, kalau condong sekalipun, masih gagah. gadis-gadis besi. bertujuh semuanya. sebut apa saja, bermasam muka, bergaduh dalam bisu, terasa sana, terasa sini, adat. di hujung walaupun ada retakk-retak kecil, kami tetap senyum bertujuh. mereka ini sedang berjuang menempuh alam studi yang aku tinggalkan terus dek kerana mengejar pengalaman kerja. sebenarnya, dalam diam terasa terpinggir. tapi cepat-cepat tangkis, sayang punya pasal. rindu. lama tak ketemu semua yang enam tu. kalian, rindu sama aku tak?
kawan jenis nombor 3, kejap ada kejap tidak. ini dari zaman sekolah. yang seorang memang pengkritik tetap. tapi di setiap waktu aku serabut, tiba-tiba ada. nanti hilang balik. eh, dua. dua orang. yang seorang, asalnya kawan biasa. tapi walau terputus hubung sebab sekolah menengah atas berbeza, dia tak pernah lupa aku. aku yang sering melupa-abai dia tanpa sedar. sorry sayang, but your friendship means a lot to me. seorang lagi, sekarang sedang merantau, mencari pengalaman di bumi arab sana. khabarnya pulang nanti akan merantau di bumi tanah air sendiri. semoga berjaya, awak! dah 8 tahun kita berkawan. jangan sia-siakan okay? awak tahu awak kenal saya banyak dari saya kenal diri sendiri.
kawan jenis nombor 4, Arjuna sendiri. dia. entah. payah nak dihuraikan. sebab, aku tak mahu kelihatan memuja dia kerana dia Arjuna. ringkasnya begini, banyak waktu dia sebagai kawan tiptop. siapa mahu nasihat, cari dia. kerana fikiran dia bernas. dan nasihat yang selalu dia beri, akan beri anda opsyen. walaupun banyak masa dia gagal pengaruh aku. sebagai Arjuna, lain entri nanti aku kisahkan. untung aku kenal Arjuna sebagai Arjuna, kerana kalau sekadar kawan nanti aku sakit jiwa. asyik berperang logik lawan emosi. dia logik, aku emosi. gerak hati.
kawan jenis nombor 5, kawan atas kawan. tapi rapat. tahu kan jenisnya? yang ini paling ramai. dan mereka yang rapat, tahu aku jenis selagi boleh mahu ada di setiap jatuh. yang kadang-kadang aku sendiri sampai rasa mati akal kerana mahu bantu tapi tiada jalan. kawan-kawan yang ini, semoga mereka tidak rasa senak dek ambil berat dan keterlaluan sayang.
kawan jenis nombor 6, kawan2 baik masa sekolah. kadang-kadang awkward. sebab banyak ketinggalan. tapi sekali sekala jumpa, tak pernah menyesal walaupun terpaksa book tarikh seminggu, sebulan awal. kawan-kawan macam ni, kadang-kadang jatuh macam nombor 3.
seriously, letaklah sampai 100 jenis pun. hakikat kawan-kawan tu akan datang dan pergi, terasa bergaduh bertikam lidah tu norma.
dan tak ada ending di sini.

Comments