benci itu terlalu mudah hadir. disertakan amarah, dendam, hasad. bercampur baur seperti supernova bercas negatif. dan meledak di suatu saat. di suatu waktu tak terjangka. ada banyak waktu menjadi titis-titis air mata. dan kemudian satu rasa yang sangat sakit di dalam dada. ada banyak waktu, kebencian bertukar menjadi rasa yang beda dan banyak waktu cuma terperuk dan menjadi sesuatu yang bergumpal, berkumpul dan hilang. atau meletus. sampai air mata mahu kembali. kemudian akal logik mahu masuk ke dalam ruang. menjustifikasikan setiapnya. merasionalkan setiap yang berlaku. sampai mata kantuk. sampai ruang lena tiba. dan esok bangun, meneruskan hidup seperti biasa. nah, hidup terlalu pendek untuk terlalu lama bersedih. dan terlalu berharga untuk membiar kenangan dan segala sesuatu tentangnya berlama.
nah, sila beritahu kenapa aku selalu takut. dan kemudian menjadi terlalu gagah untuk orang lain sedang aku sendiri menggapai mencari pasak yang sedikir demi sedikit goyah. ada masanya aku seperti goyah menanti jatuh. banyak waktu lain aku begitu gah hebat memegang watak serikandi.
sungguh, aku ikhlas merawat hati-hati yang lara yang datang menyeru gagah aku bagi memangku. dan di lewat hujung setiap hari, adalah sunyi meneman aku.
kadang untuk arjuna kecintaan sendiri, aku mati habis perkataan. seperti hilang segala potion magik yang aku selalu ada. dan perlahan-lahan memujuk hati mengizin Tuhan mengatur semula semua segala. kerana si sebalik setiap gagah aku, Dia paling tahun lemah aku.
apakah ini hanya satu persinggahan lagi? atau aku sudah benar berada di pelabuhan kerajaanku. dan yang cuma aku perlu lakukan adalah turun dari kapal tumpangan dan bertanya? tanya? pada siapa? semua soalan aku harus diaju terus pada Tuhan. dan aku adalah bukan orang paling depan atas tikar dan sungguh patuh.
setiap hari akan datang. setiap hari takkan berulang dengan sejarah yang sama detiknya. maka, takkan hari-hari nak sarapan cornflakes dengan milo 3-in-1?

Comments