Skip to main content

Posts

Dejavu

Macam mana ye nak cerita? Semua ini terlalu biasa. Semacam dejavu. Rutin pagi, ke malam sebelum lena. Semuanya seperti yang pernah saya alami. Semua yang sedang berlaku seperti sudah dirasakan dalam gerak hati. Seperti diatur dalam kepala. Ahhh. Pengaruh televisyen yang melampau. Mana nak datang realiti kalau hari-hari cuma hidup dalam mimpi?

ruang nafas

bismillahirahmanirahim.. sesungguhnya ini adalah tulisan yang berangka di dalam kepala, tidak di dalam tulisan mana-mana, maka dia tiada plot dan susunan yang khusus. tentang rezeki dan jodoh. hari-hari fikir sampai ada hari jadi takut dan tarik selimut tidur. pejam tak mahu fikir apa. okay, ini cerita aku. bulan tujuh habis, maka sudah 10 bulan kerja tak banyak mana menyumbang, lagi banyak menghabiskan bil elektrik dan bil internet tak kurang juga buang masa travel sejam pergi dan balik, untuk hari-hari melongo saja dan tak payah bilang berapa kali sehari fikir perlu atau tidak tukar kerja titik cerita pertama. sana sini teman-teman seangkatan dah mula melangkah alam baru. alam menjadi suri dan nakhoda dalam alam rumahtangga. aku dan Juna? masih dengan cita-cita, cerita dan angan-angan. kadang-kadang cemburu dengan orang lain yang jodohnya awal, yang masjidnya makin teguh, yang keluarganya sudah berkembang. atau setidak-tidaknya di setiap bangun dan tidur ada tem...

que sera sera

i wish i could run away. build another life, build another history and simply forget what i have now. but it seems so impossible to start a new life by forgetting a current one. and if people keep on running away from their problem, may i ask you, where will be the end of it? spiting some positive words, is not as same as living it, and with so many people already knew the fact that, saying it not as same as living it, how could a person achieve a dream? we'll go back to the start, "whatever will be, will be"

kalau.

kalau tak sudah-sudah semua salah nak dihala ke muka orang, sampai ke sudah telunjuk di luar, empat lagi di dalam. kalau tak sudah-sudah menengok orang, alamat ke mati menyesal sendiri.

apa mahumu?

hairan dan aneh, di setiap kali peluang diberi, yang kamu cuma buat adalah ambil kesempatan. satu kali. dua kali, tiga kali. berkali-kali. sampai bila? agaknya kamu fikir dia itu bahan lampias nafsu cerita sepi kamu? berat. berat sungguh cerita ini. ulang kali dia sudah beri peluang. ulang kali dia buang nombor kamu dari simpanan. tahu tidak menilai harga rasa orang? tahu tidak menilai sakit di hati orang? sepi yang sedang kamu rasa ini, kenapa datang pada dia? kenapa menapak meminta dia? sedang dulu kamu buang dia di tepi jalan. baru sekarang kah reti memuja? baru sekarang kah mahu merayu? aneh. sungguh aneh. bahasa baru kamu ini tidak pernah ada tertulis di dimensi mana pun. di dalam kitab apa pun. apa sebenarnya mahu kamu? di setiap sepi merangkak pada dia?

norma

kadang-kadang bila bangun pagi, walau tau rutin tu biasa, tetap kepala berat, badan berat, hati berat. satu badan tak larat nak bangun. tapi kita tetap bangun, kerana ada tanggungjawab yang menanti. ada juga hari kita mengalah. tak mahu bangun dan berbaring sampai habis satu hari kemudian satu apa pun tak selesai. tapi asal hati kita jumpa tenang, ye kenapa tidak. atau ada orang yang tetap bangun nak mernuskan kehidupan, dan menikmati setiap satu jerih payah dia, kemudian di penghabisan matahari sebelum bulan muncul, ahhh, lega. puas. norma manusia yang berbuat sesuatu lebih mengutamakan puasnya dia sebelum, ketika atau selepas melakukannya. 

aurora, kisah benar dia

petang itu aurora duduk menghadap segala sisa kerja pejabat yang masih ada dan berharap semuanya dapat siap segera sebelum jam lima setengah. habis satu demi satu helai dokumen disemak. fail demi fail. papan kekunci komputer seperti sedang mendendangkan satu irama. irama mengejar waktu. dah dua hari macam tak tentu. semua serba tak kena, pagi tak daya nak tempuh. macam disedut masa, macam tak punya ampuh. aurora kejar masa, bersaing dengan kudrat dan mahu sendiri, kerja harus siap. *kerling jam dinding pejabat* jarum pendek sudah di angka tujuh. *lajukan masa* Marty sudah di bawah pejabat aurora. menanti gadis itu pulang dari kerja kerana mereka sudah ada janji. perjalanan ke tempat yang dituju bermula dan sesi bertukar cerita ikut serta. dalam panjang berjela, "nanti you pun jadi macam tu." 'eh, tak nak lahh.' *diam* 'kalau i jadi macam tu?' "i tak layan" -aurora bawa hati rabak ke lena.