Skip to main content

ruang nafas

bismillahirahmanirahim..
sesungguhnya ini adalah tulisan yang berangka di dalam kepala,
tidak di dalam tulisan mana-mana, maka dia tiada plot dan susunan yang khusus.

tentang rezeki dan jodoh.
hari-hari fikir sampai ada hari jadi takut dan tarik selimut tidur.
pejam tak mahu fikir apa. okay, ini cerita aku.

bulan tujuh habis, maka sudah 10 bulan kerja
tak banyak mana menyumbang, lagi banyak menghabiskan bil elektrik dan bil internet
tak kurang juga buang masa travel sejam pergi dan balik,
untuk hari-hari melongo saja
dan tak payah bilang berapa kali sehari fikir perlu atau tidak tukar kerja

titik cerita pertama.

sana sini teman-teman seangkatan dah mula melangkah alam baru.
alam menjadi suri dan nakhoda dalam alam rumahtangga.
aku dan Juna? masih dengan cita-cita, cerita dan angan-angan.
kadang-kadang cemburu dengan orang lain yang jodohnya awal,
yang masjidnya makin teguh, yang keluarganya sudah berkembang.
atau setidak-tidaknya di setiap bangun dan tidur ada teman di sebelah, buat penguat dan pemberi semangat.

titik cerita kedua.

rezeki dan jodoh tu sesungguhnya rahsia Allah.
semuanya dah ditetapkan. tinggal usaha dan usaha, sebelum doa dan tawakal.

tentang kerja, hati aku masih berat mahu menimba ilmu lagi, jadi apa sangat 10 bulan.
dalam tempoh 10 bulan, sudah 11 kali gaji dan 1 kali claim lulus.
cuti sudah 3-4 hari diberi percuma. cabaran datang setiap hari dan aku masih gigih bangun dari katil jam 6.20 pagi setiap hari, dengan rutin yang sama.
jadi apalah sangat. maka pada hari-hari gagah, aku putuskan, selagi boleh dan mampu menyumbang tenaga, maka duduk saja dan berkhidmat. selama diperlukan.
lagipun keliling adalah orang-orang yang aku senangi.

jodoh, tanpa perancangan, nak melangsungkan nikah pun payah. belum fikir kenduri, pelamin, baju, mas kahwin, rumah selepas kahwin dan banyak lagi kalau nak disenaraikan.
maka itu, biar masa tentukan. tugas aku adalah belajar lagi ilmu munakahat. aku percaya, jodoh itu ada yang terbaik untuk aku. dan aku tetap berdoa biar Juna jadi orangnya. :)

maka, di sebalik berserah buta-buta, jangan takut mengambil langkah.
ramai yang sudah cuba dan sedang mencuba. siapa mahu ikut?

Comments

Popular posts from this blog

kita selalu berkejar dengan masa berlari mengharap kita akan lebih setapak dua di hadapan masa berusaha mengubah sebanyak mungkin takdir yang tertulis sampai acapkali lelah menjatuh dan menjauh dari destinasi tuju kita salahkan semuanya tanpa tersadar jari yang kita sendiri tujukan pada diri kita semakin lupa akan tangan Kuasa yang atas yang memasak segala “kun fayakun” dan yang mengizin setiap kudrat berusaha jangan putus, jangan mematah dahulu kalau hari ini kita mulakan dengan bertatih, juga boleh -rynn.r 02/03/2025

cerita hati

yang bila kadang-kadang dari orang lain datangnya berita, tak pernah menarik. tak pernah ada rasa teruja. selalunya lebih menjadi rasa terpinggir. tapi logik selalu juga nak menang. waras mesti juga teratas. dan bila hati dan rasa nak menyentap tu pun masuk campur, maka sudahlah. semua tak boleh duduk tangga pemenang. dia mudah-mudah nak merajuk. itulah cerita hati.

kirim doa

kadang-kadang orang yang paling dekat dengan kita, atau sekuran-kurangnya yang kita rasa dekat dengan kita adalah orang yang paling mudah mencederakan hati kita. dari semalam, sampai ke hari ini. satu demi satu berita mengejutkan. semacam cuba-cuba membakar hati yang berbara. takkk, bukan aku menolak berita manis yang manis buat semua. jauh sekali nak mengharap derita orang. tapi bila orang yang pernah sama susah dengan senang simpan semua, ada jugak percik-percik hati meracik. ada rumah nak dibina. isi rumahnya adalah orang yang selalu diantara kami sejak beberapa tahun ini. jadi rasanya, aneh. syukur, jodohnya ditaut rapat. jodoh kami? belum kedengaran. entah. ini berita-berita manis. serius. tapi aku entah bagaimana mahu meraikan. atau setidaknya, mungkin boleh berkirim doa?