ada terlalu banyak benda dalam hidup yang perlu disyukuri. syukur untuk tidak menjadi yang begitu, bersyukur menjadi sebegini. apa yang bakal jadi esok lusa, saya tak tahu. dan iya, saya takut dengan dunia. tapi inilah kenapa hidup harus terus. dan bukan berundur ke belakang. tidak ada hari-hari yang sama yang akan dilalui sekali lagi. susah sebenarnya. ada banyak rasa yang sudah lama mati di dalam diri. yang saya mahu ia hidup semula. sebab ada sesuatu dari kehidupan lepas yang sangat saya rindukan. ada sesuatu dari diri yang biasa dulu, yang sangat saya rindukan. komplikasi menjadi manusia sangat mudah untuk diramalkan. ia berlaku setiap hari, waktu dan ketika. dan di mana-mana. komplikasi yang paling saya bencikan, apabila berlaku di antara saya dengan beberapa orang terdekat. sudah menjangkau usia 21 tahun, dan saya sedar bahawa, banyak harus disyukuri. kerana setidaknya, saya masih mampu bersederhana. dalam kehidupan sama kawan2, sama cinta, sama keluarga. kalau saya fikir saya pa...
i just need a space to breathe.