Skip to main content

lorekan

malam ini akan lena lagi.
diteman bantal yang masih bersaki bau dia.
memejamkan mata dan membayangkan plot-plot cerita indah.
dengan harapan yang sedikit,
semoga cerapan bayangan itu menjadi cebis-cebis mimpi,
yang menenangkan. yang menyamankan.

jauh-jauh itu payah sebenarnya.
dekat-dekat juga tak mudah.
setiap yang dijadikan, diberikan.
adalah anugerah. dugaan.
semuanya. dan tepuk dada sendiri untuk mengasingkan yang mana adalah mana.

bibir ini kadang terputus tasbih syukur.
tapi setiap kali akal terlintas mengingat,
hati akan segera. begitulah.
menjadi baik bukan mudah.
tapi mencuba tak pernah salah.

Comments

Jef Hadi said…
best lak layan. sukalah!

:)

Popular posts from this blog

kita selalu berkejar dengan masa berlari mengharap kita akan lebih setapak dua di hadapan masa berusaha mengubah sebanyak mungkin takdir yang tertulis sampai acapkali lelah menjatuh dan menjauh dari destinasi tuju kita salahkan semuanya tanpa tersadar jari yang kita sendiri tujukan pada diri kita semakin lupa akan tangan Kuasa yang atas yang memasak segala “kun fayakun” dan yang mengizin setiap kudrat berusaha jangan putus, jangan mematah dahulu kalau hari ini kita mulakan dengan bertatih, juga boleh -rynn.r 02/03/2025

cerita hati

yang bila kadang-kadang dari orang lain datangnya berita, tak pernah menarik. tak pernah ada rasa teruja. selalunya lebih menjadi rasa terpinggir. tapi logik selalu juga nak menang. waras mesti juga teratas. dan bila hati dan rasa nak menyentap tu pun masuk campur, maka sudahlah. semua tak boleh duduk tangga pemenang. dia mudah-mudah nak merajuk. itulah cerita hati.

kirim doa

kadang-kadang orang yang paling dekat dengan kita, atau sekuran-kurangnya yang kita rasa dekat dengan kita adalah orang yang paling mudah mencederakan hati kita. dari semalam, sampai ke hari ini. satu demi satu berita mengejutkan. semacam cuba-cuba membakar hati yang berbara. takkk, bukan aku menolak berita manis yang manis buat semua. jauh sekali nak mengharap derita orang. tapi bila orang yang pernah sama susah dengan senang simpan semua, ada jugak percik-percik hati meracik. ada rumah nak dibina. isi rumahnya adalah orang yang selalu diantara kami sejak beberapa tahun ini. jadi rasanya, aneh. syukur, jodohnya ditaut rapat. jodoh kami? belum kedengaran. entah. ini berita-berita manis. serius. tapi aku entah bagaimana mahu meraikan. atau setidaknya, mungkin boleh berkirim doa?