Skip to main content

Posts

kota lumpur,  kota suka duka kota cita-cita kota cinta dibinar dan hati dihancur kota hubungan diuji dan janji dipateri Kota Lumpur,  kota perih jerih diperah,  kota tempat kita berhempas pulas untuk esok yang belum pasti untuk secebis peluang menghidu senafas syurga rynn.r, april 13,2021
yang terpanggil dalam diam sebenarnya nama kamu yang aku nafaskan di setiap helaan berabad lamanya sejak kewujudan aku rynn.r - 21 april 2019/12.40
emotions amplify mind disrupted life seems like damned time moving slow your body turned restless you felt meaningless in case you see this in case you feel this do note,  hadza sayamurru damai, rynn.r - july 20th, 2018/6.02pm

sepuluh bulan, hari ke dua puluh tiga

knowing that marriage is actually team work thingy, i do admit sometimes it is hard it is hard because we both are different individuals living under the same roof sleeping on the same bed different mentality and way of thinking but despite all of differences we have love unite us love keep me wanting to hug you every moment i could love allow me to think clear and love allows me to understand you more of out 10 months, 23 days.

kirim doa

kadang-kadang orang yang paling dekat dengan kita, atau sekuran-kurangnya yang kita rasa dekat dengan kita adalah orang yang paling mudah mencederakan hati kita. dari semalam, sampai ke hari ini. satu demi satu berita mengejutkan. semacam cuba-cuba membakar hati yang berbara. takkk, bukan aku menolak berita manis yang manis buat semua. jauh sekali nak mengharap derita orang. tapi bila orang yang pernah sama susah dengan senang simpan semua, ada jugak percik-percik hati meracik. ada rumah nak dibina. isi rumahnya adalah orang yang selalu diantara kami sejak beberapa tahun ini. jadi rasanya, aneh. syukur, jodohnya ditaut rapat. jodoh kami? belum kedengaran. entah. ini berita-berita manis. serius. tapi aku entah bagaimana mahu meraikan. atau setidaknya, mungkin boleh berkirim doa?

cerita hati

yang bila kadang-kadang dari orang lain datangnya berita, tak pernah menarik. tak pernah ada rasa teruja. selalunya lebih menjadi rasa terpinggir. tapi logik selalu juga nak menang. waras mesti juga teratas. dan bila hati dan rasa nak menyentap tu pun masuk campur, maka sudahlah. semua tak boleh duduk tangga pemenang. dia mudah-mudah nak merajuk. itulah cerita hati.

tulis jugak

terlontar sudah dari bibir kamu, sememangnya aku kau buang, lama dulu. tapi kenapa tunggu bertahun baru mahu mengaku? ahh. manusia. selagi masih ada madu untuk kau hisap, kau hisap sampai kering jiwa aku. dan akulah yang bodoh itu. masih tetap sama seperti dulu. masih tetap kasihan di bila perlu tercongok tak pernah layu. terjerumus berkali-kali dengan cerita yang sama. sedang cuma dia mahu hiburan hati semata-mata. suatu malam selepas liburan maka peri datang dan beri ingatan setiap apa yang pernah aku lalui dulu, pahit tapi sekarang, walau sampai lumat hati aku kau cincang aku tetap senyum. kerana sekalipun lumat, esok aku bangun hati aku akan tetap menyatu bahkan lebih teguh dari semalam tak akan aku balik kepada kamu sampai selepas kiamat sekalipun!