Skip to main content

Posts

pulang

hanya bila engkau dapat melihat hati yang kadang gusar dengan bermacam cerita. ada malam-malam yang aku mimpikan imagi-imagi ngeri tentang kehilangan engkau dari dakapan. semalam mimpi ngeri itu datang lagi. campuran pelbagai cerita dan situasi tentang hari-hari yang sedang dilalui terangkum dalam satu plot cerita. dari sepasang kasut, kepada penarikan picu pistol ke kepala orang yang sedang mengugut nyawa kamu untuk diambil dari aku. serius, aku mahu pulang sekarang dan melihat kesempurnaan kamu di depan mata.

lorekan

malam ini akan lena lagi. diteman bantal yang masih bersaki bau dia. memejamkan mata dan membayangkan plot-plot cerita indah. dengan harapan yang sedikit, semoga cerapan bayangan itu menjadi cebis-cebis mimpi, yang menenangkan. yang menyamankan. jauh-jauh itu payah sebenarnya. dekat-dekat juga tak mudah. setiap yang dijadikan, diberikan. adalah anugerah. dugaan. semuanya. dan tepuk dada sendiri untuk mengasingkan yang mana adalah mana. bibir ini kadang terputus tasbih syukur. tapi setiap kali akal terlintas mengingat, hati akan segera. begitulah. menjadi baik bukan mudah. tapi mencuba tak pernah salah.

sekejap

lari sekejap. ke sini. ke tempat yang selama ini sembunyi. sekejap saja. sementara segala rasa celaka bersarang. sampai nanti hilang. ami, thanks for asking. i DO appreciate it.
belum sempurna sembuh. sisa2 ada lagi. tambah-tambah sebenarnya hati dibagi semua dulu. tak ada simpan-simpan. jadi, keterlaluan akan cuma bikin menangis.

tiada

kalaulah bisa menghapus dan menghambat menegak dan memegah alangkah hidup penuh kalaulah bisa menguat menentang angin lintang alangkah hidup kembali tapi tidak kerana ketar lutut masih terasa hati masih bergetar menyeru yang sama yang sudah tidak ada noktah, titik.

ironi tengah malam

badan keletihan yang tak ada sebab. kepala kepenatang berfikir yang menerawang. hati sedang hancur berkecai, masa dapat keputusan spm, matrik pun tak rasa mcm ni. *sigh* kalau jadi manusia tak ada akal, rasa macam nak tunding jari ke Tuhan, kerana dikurniakan takdir macam ini. takdir yang kalau bercinta pasti putusan. tapi, masyaAllah. sesungguhnya, Dia lebih mengetahui setiap rahsia. dan setiap sesuatu yang diberi, ada tujuan dan hikmah. yang paling sukar sekarang adalah untuk mengajar hati supaya kuat. mengajar diri supaya tidak lemah longlai. supaya esok masih mampu berbiasa. dan paling penting mampu meredhakan semua setiap sesuatu ini. *senyum pahit* mukus meleleh setiap kali air mata berlinang. sememeh. ironi. di waktu-waktu mata mula kuyu, dan berhasrat untuk lena. aku temukan ini. ironi. hidup aku memang macam drama pementasan. bedanya, tak ada ending macam dalam fairy tale. happily ever after. cuma ada di sisi Tuhan.